Langkau ke kandungan utama

Produk & Perkhidmatan

Tap a row to add it to your inquiry below.

Tuntutan Hutang dan Penghakiman

Khidmat guaman bagi tuntutan hutang tertunggak, pinjaman tidak dibayar, invois perniagaan, saman sivil serta pelaksanaan dan penguatkuasaan penghakiman mahkamah.

Pelanggaran Kontrak dan Perjanjian

Nasihat dan representasi guaman bagi pertikaian kontrak, kegagalan memenuhi obligasi perjanjian, tuntutan ganti rugi, penamatan kontrak dan pertikaian komersial.

Saman Malu dan Fitnah

Khidmat guaman bagi tindakan saman fitnah bertulis dan lisan, termasuk kenyataan berunsur fitnah melalui Facebook, TikTok, WhatsApp dan platform media sosial lain.

Litigasi Sivil dan Saman Mahkamah

Pengendalian tindakan sivil di mahkamah termasuk penyediaan pliding, permohonan mahkamah, perbicaraan, tuntutan ganti rugi dan penyelesaian pertikaian.

Pertikaian Tanah dan Hartanah

Representasi guaman bagi pertikaian pemilikan tanah, pencerobohan, tuntutan milikan kosong, pemilikan bersama dan pertikaian jual beli hartanah.

Pencerobohan dan Tuntutan Tort

Tindakan sivil berkaitan pencerobohan tanah, kecuaian, gangguan terhadap hak undang-undang, konspirasi dan tuntutan ganti rugi akibat perbuatan salah.

Kebankrapan dan Insolvensi

Pengendalian prosiding kebankrapan termasuk Notis Kebankrapan, Petisyen Pemiutang, permohonan mengetepikan notis serta pertikaian berkaitan insolvensi.

Hubungi kami

Hantar mesej terus kepada perniagaan ini — mereka akan membalas ke alamat e-mel dan nombor telefon yang anda berikan.